Belia
Membentuk Generasi Lutheran Masa Depan di Malaysia
Misi Kami
Misi Pelayanan Belia dan Dewasa Muda LCM (LCM-YAY) adalah untuk Menghubungkan, Melengkapkan dan Melayani golongan muda agar kehidupan mereka diubah di dalam Kristus.
Menghubungkan – Membina hubungan yang erat dengan Tuhan dan sesama.
Membina (Edify) – Memelihara dan membangunkan golongan muda melalui pendekatan yang menyeluruh dan seimbang.
Melayani – Mempersiap dan memperkasakan mereka untuk melayani gereja dan dunia.
Misi ini dilaksanakan melalui Kem, Pendedahan, Latihan dan Media, dengan tujuan membentuk golongan muda yang berpusatkan Kristus—pemimpin dan bakal pendeta—yang akan memberi impak kepada gereja dan dunia.
Kem
Terdapat dua kem yang dianjurkan secara berkala.
Next Station Camp (umur 17–24 tahun, diadakan setiap tahun) membimbing golongan muda untuk mengenal identiti diri dan hala tuju masa depan, menggalakkan mereka menjadi saluran berkat, serta mengajar mereka untuk melayani dan bertumbuh bersama sebagai satu tubuh di dalam Kristus.
Retreat Dewasa Muda (umur 21–35 tahun, diadakan dwitahunan) bertujuan mengeratkan hubungan sesama dewasa muda, memperdalam iman mereka dalam konteks gereja, tempat kerja dan masyarakat, serta memupuk kepimpinan Kristian yang kukuh.
Latihan
LCM-YAY melengkapkan golongan muda dan pemimpin belia dengan kemahiran penting dalam pelayanan.
Bidang Latihan:
• Pendekatan kreatif
• Penginjilan dan perkongsian Injil
• Perancangan program
• Kajian Alkitab
• Pembinaan pasukan
• Pembangunan kepimpinan
• Pelayanan penyembahan
Latihan ini juga menyediakan ruang untuk para pemimpin berhubung, bekerjasama dan bertumbuh dalam perkongsian pelayanan.
Media
Media sosial merupakan komponen penting dalam melibatkan generasi masa kini.
• Mengekalkan hubungan dengan golongan muda
• Berkongsi maklumat terkini, kesaksian dan sumber
• Menggalakkan kreativiti demi Kerajaan Tuhan
Golongan muda yang berbakat dalam bidang kreatif dibimbing untuk menggunakan media secara bermakna bagi tujuan penginjilan dan pemuridan.
Pendedahan
Peluang untuk golongan muda mendapatkan pendedahan dan melayani melalui program sukarelawan tempatan dan luar negara, lawatan pembelajaran, perjalanan misi dan sebagainya.
Peluang Semasa:
• Program sukarelawan di Jerman (1 tahun)
• Program sukarelawan di Amerika Syarikat (3 bulan)
Pengembangan Masa Hadapan:
• Misi tempatan & luar negara
• Lawatan pembelajaran
• Jangkauan sosial
• Program antara denominasi