Lutheran Mission Bungalow

Tempat Beristirihat dan Bersantai

Dibina pada tahun 1959 dengan tujuan menyediakan tempat untuk orang Kristian berehat dan bersantai, Banglo Misi Lutheran telah menjadi tempat perlindungan yang aman dan tenang selama hampir 60 tahun. Terletak di atas bukit yang sunyi, ia merupakan lokasi yang ideal untuk penyegaran rohani dan jasmani bagi keluarga serta kumpulan kecil. Pada hari ini, struktur asal banglo masih dikekalkan, dengan sebuah bangunan tambahan dibina bagi menyediakan penginapan tambahan.

PENGINAPAN & KEMUDAHAN:
7 unit bilik berkongsi dua orang
4 unit bilik berkongsi tiga orang
Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi persendirian
Gelanggang tenis / bola keranjang terbuka

KATERING MAKANAN:
Hidangan boleh ditempah lebih awal semasa membuat tempahan bilik

Pertanyaan tempahan

Sila arahkan semua pertanyaan kepada Ibu Pejabat kami (HQ).

Alamat Ibu Pejabat
Luther Centre, Level 6, No. 6, Jalan utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor D.E.

Telepfon / Faks
603-79565992

Emel
booking@lcm.org.my